love islam

love islam

Selasa, 11 November 2014

manfaat surat-surat dalam al

Semuanya dengan izin Allah S.W.T.
Dengan Istiqamah dan Doa kepada-
Nya, InsyaAllah di makbulkan apa
yang kita kehendaki.


1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah
semasa hendak tidur diikuti dengan
membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali,
Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Insya’Allah akan aman tenteram
dan terjauh daripada gangguan
syaitan. Dianjurkan juga membaca
surah ini sebanyak 44 kali untuk
mengubati sakit mata, perut, gigi
dan lain-lainnya dengan izin Allah
s.w.t. Untuk mencegah kemarahan
Allah, bacalah surah ini sebanyak
17 kali sehari iaitu dengan
mengerjakan solat 5 waktu. 


2.SURAH YAASIN Telah bersabda
Rasulullah s.a.w., sesungguhnya
bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan
hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin
iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa
yang membaca Surah Yaasin,
nescaya dituliskan oleh Allah
pahala menyamai sepuluh kali
membaca Al-Qur’an seluruhnya.
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas
r.a.) Rasulullah s.a.w. juga
bersabda : Surah Yaasin dinamakan
di dalam kitab Taurat dengan
sebutan “At-Mu’ammah” (yang
umum), yang mengumumkan
pembacanya dengan kebaikan dunia
dan akhirat, menanggung segala
bala baik dari kesusahan di dunia
mahu pun akhirat. Pembaca juga
akan dilindungi dari setiap
keburukan dan kejahatan serta
segala hajat dan kemahuan akan
Allah kabulkan. Jika dibaca dalam
satu malam semata-mata
mengharapkan keredaan Allah,
nescaya Allah akan mengampunkan
dosanya. (Hadis riwayat Malik,
Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika
diamalkan, akan terselamatlah kita
dari kehausan di hari KIAMAT.


3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat
agar kita terselamat dari huru hara
di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah
s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca Surah Al-Waqi’ah pada
tiap-tiap malam, insya’Allah tidak
akan merasai kepapaan. Mereka
yang membacanya sebagai wirid,
insya’Allah akan beroleh
kesenangan selama-lamanya.
Mereka yang membacanya
sebanyak 14 kali setiap lepas solat
As ar, insya’Allah akan dikurniakan
dengan rezeki yang banyak. Selepas
solat Isyak, ambillah segelas air lalu
bacalah Surah Al-Fatihah sekali,
Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-
Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Dalam
hati, niat untuk menjaga kecantikan
diri dan kebahagiaan rumahtangga
kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat
35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami
telah menciptakan isteri-isteri
mereka dengan ciptaan istimewa.
Serta Kami jadikan mereka sentiasa
dara (yang tidak pernah disentuh),
yang tetap mencintai jodohnya
serta yang sebaya dengan umurnya.


5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan
membaca surah ini sebanyak 1,000
kali, maka Allah s.w.t. akan
menghasilkan hajatnya termasuk
rezeki dan kenaikan pangkat.
Sesiapa yang membaca 1,000 kali
juga selepas solat Isyak hingga dia
tertidur, insya’Allah dia dapat
melihat Rasulullah s.a.w. dalam
tidurnya.


6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-
Khaafiruun, maka bandingannya
seperti membaca seperempat Al-
Qur’an, disamping terlepas dari
syirik, terjauh dari godaan syaitan
dan terlepas dari peristiwa yang
mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini
agar kita mati dalam iman serta
membersihkan kotoran dalam diri
kita.


7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an
iaitu Surah Al-Mulk mempunyai
fadhilat dan faedah yang amat
besar bagi sesiapa yang
mengamalkan membacanya.
Menurut beberapa hadis Rasulullah
s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca akan surah ini, akan
mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang
membacanya pada setiap malam,
insya’Allah, akan terselamat dari
azab kubur..


8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
kepada isteri kesayangan baginda,
Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum
kamu tidur, khatamlah dulu Al-
Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata,
“Wahai suami ku, saya tidak
mampu khatam Al-Qur’an sebanyak
30 juzuk itu.” Apabila mendengar
kata-kata Siti Aisyah tersebut,
Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum
lalu menjawab, “Barangsiapa yang
membaca 3 kali sebelum tidur,
seolah-olah ia telah khatam Al-
Qur’an keseluruhannya. ” Dari
Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda
kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa
hendak pergi musafir, kemudian
ketika dia hendak meninggalkan
rumahnya, ia membaca surah Al-
Ikhlas 11 kali, maka Allah
memelihara rumahnya sampai ia
kembali. Ibnu Said Al-Khanafi
menerangkan : “Surah ini
dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya
bersih atau lepas. Maka barang
siapa yang membacanya dan
mengamalkannya dengan hati yang
ikhlas, maka ia akan dilepaskan
kesusahan duniawi, dimudahkan di
dalam gelombang sakratulmaut,
dihindarkan dari kegelapan kubur
dan kengerian hari kiamat.”


9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa
Rasulullah s.a.w. pada setiap
malam apabila hendak tidur,
Baginda membaca Surah Al-Ikhlas,
Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas
lalu ditiupkan pada kedua telapak
tangan, kemudian disapukan
keseluruh tubuh dan kepala.
Barang siapa terkena penyakit
kerana perbuatan syaitan atau
manusia, hendaklah membaca
Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas
sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5
hari atau 7 hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan
godaan syaitan dan manusia, takut
dalam kegelapan malam atau takut
dengan kejahatan manusia, bacalah
Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas
sebanyak 100 kali.


10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang
terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an.
Nama An-Nas diambil dari kata An-
Nas yang berulang kali disebut
dalam surah ini yang bermaksud
manusia. Surah ini termasuk dalam
golongan surah makkiyah. Isi surah
ini adalah bagi menganjurkan
manusia memohon perlindungan
kepada Allah dari godaan syaitan
baik yang berasal dari golongan
manusia mahu pun jin. Surah An-
Nas ini juga adalah penerang hati.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar